Pengarah: Jamal Khan
Penerbit:Ā Charles Roven,Ā Deborah Snyder
Pelakon: Shukri Yahaya, Ummi Nazeera, Ika Nabila dan Hiera Hassan.
Penulis Skrip: Michael Ang
Syarikat Produksi: Pena Creative Sdn Bhd
Tarikh Tayangan:Ā 12 Julai 2015
Stesen Penyiar:Ā Astro Ria dan Ria HD
Sinopsis
Ianya mengisahkan cinta lima segi, bermula dengan Qasidah kecewa apabila tunangnya, Ryan dipaksa berkahwin dengan Saleha kerana mengikut wasiat dituntut keluarga Saleha.
Sebenarnya keluarga Saleha menuntut janji dibuat arwah bapa Ryan kerana cuba meĀnutup malu apabila Saleha didapati mengandung luar nikah.
Membawa hati lara, Qasidah yang bertugas sebagai guru sekolah pondok berpindah ke kampung seberang. Kecantikan dan ilmu tinggi dimilikinya membuatkan dia digilai ramai lelaki, termasuk anak bangsawan Engku Sufian.
Ryan yang mula berubah sikap dihalau orang kampung selepas ditangkap berkhalwat dengan perempuan lain. Bapa Saleha terpaksa akur dengan keputusan dibuat penduduk kampung lalu menempatkan anak dan menantunya di kampung seberang.
Satu hari Ryan terserempak dengan Qasidah dan mula mengejar dan menagih kembali cinta lama. Waktu sama, Rubiah yang menaruh hati kepada Engku Sufian mendapat tahu lelaki idamannya punya hati terhadap Qasidah. Dia mengatur satu perancangan untuk memusnahkan hidup guru agama itu.