Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Tonton Telefilem Luar Biasa Di Astro Citra Pada 25 November Ini

Atlet Ridzuan Puzi

Telefilem biopik mengenai atlet Paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi yang bakal ditayangkan tidak lama lagi akan berjudul Luar Biasa. Telefilem berkenaan diarahkan oleh pengarah filem Redha, Tunku Mona Riza.

Telefilem itu dihasilkan bagi memaparkan tentang kisah hidup Ridzuan Puzi atau lebih mesra dengan panggilan Dek Wan yang mempunyai masalah ‘cerebral palsy’ selain boleh dijadikan sebagai motivasi dan semangat kepada insan lain di luar.


Mohamad Ridzuan Puzi diangkat sebagai wira negara selepas menjadi pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 menerusi acara 100 meter T36. Kejayaan beliau dan beberapa atlet Paralimpik yang lain semasa temasya sukan Paralimpik itu telah menjadi buah mulut rakyat Malaysia serta menjadi sumber inspirasi.

Menurut pengarah Tunku Mona, telefilem berkenaan akan mengisahkan perjalanan kehidupan Ridzuan Puzi semasa remaja dari kaca mata abangnya.

“Dalam naskhah ini, kita mengambil plot masa menggambarkan kehidupan Dek Wan bersama abangnya yang ketika itu masih lagi berusia belasan tahun. Jalan cerita yang dipaparkan dalam telefilem ini kita ambil dari sudut kaca mata abangnya yang bernama Saiful atau lebih dikenali dengan Abang Pun,” – Tunku Mona

Tambah Tunku Mona lagi, sebanyak 90 peratus jalan cerita dalam telefilem ini adalah yang sebenar dan hanya 10 peratus sahaja seperti beberapa watak yang diwujudkan untuk disesuaikan dengan jalan cerita.

Bercerita lanjut mengenai pembikinan telefilem yang menjalani penggambaran di Felda Lakum, Pahang, Tunku Mona mengakui berdepan cabaran dalam menghasilkan karya ini kerana tidak mahu menyinggung mana-mana pihak, namun bersyukur kerana setiap pelakon dapat menterjermahkan watak mengikut apa yang dimahukannya.

Malah Tunku Mona juga berkata pihaknya turut membawa Dek Wan dan abangnya ke set bagi melihat sendiri proses penggambaran secara dekat.

Telefilem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Raykarl Iskandar, Idan Aedan dan Shahrolnizam Noor sebagai peneraju.

“Luar Biasa” akan menemui penonton di slot Karya 12 di Astro Citra bermula 25 November ini.

Related posts

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

“Mat Kilau” Terus Tambah Kutipan Tiket, Kumpul RM3 Juta Dalam Tempoh 3 Hari

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

“Mat Kilau” Catat Kutipan RM1 Juta Pada Hari Pertama

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Leave a Comment