Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Saksikan Teaser Trailer Rasmi Banglo No. 99

Xtreme 5 Productions Sdn. Bhd. membawakan kepada anda sebuah filem seram thriller berjudul Banglo No. 99, inspirasi dari urban legend sebuah mansion berpuaka yang terletak di utara tanah air. Anda boleh saksikan teaser trailer filem ini dipemain video dibawah.

Banglo No. 99 diadaptasi dari 99 Mansion di Nibong Tebal dan dalam kisah filem ini ianya adalah kediaman milik Tengku Izzudin Shah semasa hayatnya. Satu ketika dahulu, dia tinggal bersama-sama beberapa ahli keluarga termasuk isterinya, Syarifah dan anaknya Tengku Putera Shah. Malangnya, kesemua ahli keluarga beliau meninggal dunia tanpa diketahui punca kematian mereka. Dr. Amar adalah doktor peribadi Tengku Izzudin Shah serta dengan Jururawat Linda. Sebelum meninggal, Tengku Izzudin Shah telah mewasiatkan supaya Banglo No. 99 dijadikan sebagai sebuah hospital untuk merawat orang-orang kampung yang sakit.

Selepas 30 Tahun Banglo No. 99 ditinggalkan ianya menjadi usang serta tidak berpenghuni hendak dibaik pulih oleh Hisyam, seorang kontraktor dan jurutera awam. Hisyam telah menawarkan kerja-kerja baik pulih kepada firma Putera Shah.Tawaran Hisyam diterima dan Putera Shah mengarahkan dua orang rakan sekerjanya iaitu Rafael dan Camelia untuk turut sama membantunya.

Lawatan tapak telah dilakukan ke Banglo No. 99 dimana Hisyam, Putera Shah, Rafael dan Camelia telah bermalam didalam khemah ditepi tasik berdekatan dengan banglo tersebut.Beberapa kejadian anih yang menyeramkan telah berlaku ketika Putera Shah, Rafael dan Camelia masuk kedalam Banglo No. 99. Apa yang terjadi atau kisah sebenarnya di Banglo No 99 adalah perjalanan filem ini.

Filem arahan Khir Mohd Noor ini dibintangi beberapa pelakon hebat seperti Johan Ashaari, Harun Hashim, Hafeez Mikail, Datuk Yusof Haslam, dan ramai lagi.

Banglo No 99 bakal menghantui anda mulai 12 Disember ini.

Related posts

Trailer Money Heist Musim Ke-5 Bab. 1: Menyerah Diri Bukanlah Pilihan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

Rosa Salazar Mahu Membalas Dendam Dalam Trailer “Brand New Cherry Flavor”

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Trailer “Supergirl” Musim Ke-6 Goda Episod Terakhir Siri The CW

Kakimuvee

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

Leave a Comment