Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Teaser Trailer & Poster ‘Doctor Strange in the Multiverse of Madness’ Telah Didedahkan

Marvel Studios telah melancarkan treler dan poster penggoda untuk Doctor Strange in the Multiverse of Madness —perjalanan mendebarkan melalui Multiverse bersama Doctor Strange, rakannya yang dipercayai Wong dan Wanda Maximoff, aka Scarlet Witch.

Teaser Doctor Strange in the Multiverse of Madness mengusik akibat yang mesti dihadapi oleh Doctor Strange berikutan tindakannya dalam Spider-Man: No Way Home. Ia juga menunjukkan kepulangan Scarlet Witch ketika dia didatangi Doctor Strange yang ingin meminta bantuannya menghadapi masalah ‘multiverse’ mereka. Teaser itu juga turut mengesahkan kemunculan Doctor Strange Supreme, watak yang pertama kali muncul dalam siri animasi Disney+ What If…?

Tonton teaser dan poster rasmi pertama Doctor Strange in the Multiverse of Madness dibawah:


Digambarkan sebagai filem seram pertama MCU, Doctor Strange in the Multiverse of Madness dibintangi Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Stephen Strange dan Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff/Scarlet Witch. Mereka berdua turut disertai Chiwetel Ejiofor sebagai Baron Mordo, Benedict Wong sebagai Wong, Rachel Anne McAdams sebagai teman wanita Doctor Strange, Christine Palmer dan Xochitl Gomez sebagai Miss America. 

Sam Raimi (trilogi Spider-Man) menggantikan tempat Scott Derrickson sebagai pengarah, manakala lakonlayar ditulis oleh Michael Waldron (Loki).

Doctor Strange in the Multiverse of Madness dijadualkan tayangan pada 6 Mei 2022. 

Related posts

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee