Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Teaser Trailer Mulan Telah Dilancarkan!

Walt Disney Pictures telah melancarkan teaser trailer rasmi pertama filem Mulan arahan Niki Caro. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Filem Mulan merupakan filem ‘live action’ adaptasi dari filem animasi berjudul sama yang diterbitkan Disney pada 1998. Filem ini berdasarkan legenda masyarakat China iaitu Hua Mulan, dimana dia menyamar sebagai seorang lelaki, menggantikan tempat ayahnya yang sudah tua – untuk berkhidmat dalam pasukan tentera China dan membawa penghormatan kepada keluarganya.

Filem dibintangi Yifei Liu yang akan memainkan peranan utama sebagai Hua Mulan, dia akan dibantu beberapa pelakon lain antaranya Gong Li, Donnie Yen, Jet Li, Jason Scott Lee, Yoson An, Jimmy Wong, Doua Moua, Ron Yuan, Utkarsh Ambudkar, Xana Tang, dan Chum Ehelepola.

Lakonlayar Mulan ditulis oleh Elizabeth Martin, Lauren Hynek, Rick Jaffa dan Amanda Silver, dan diterbitkan Walt Disney Pictures.

Filem aksi perang drama ini dijangka akan menemui penonton mulai 27 Mac 2020.

Related posts

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

Leave a Comment