
Sempena Tahun Baru 2023, ACT 2 Pictures telah mendedahkan teaser trailer filem aksi tentera yang dinantikan, Malbatt: Misi Bakara, yang diarahkan oleh Adrian Teh. Filem terbaru itu dijadualkan tayangan pada Ogos tahun ini.
Teaser tersebut dimulakan dengan ucapan Selamat Tahun Baru dari pengarah Adrian Teh dan disusuli dengan rakaman dari salah satu babak yang menunjukkan pasukan ATM MALBATT sedang menuju ke satu lokasi yang tidak diketahui.
Kamera kemudian membawa penonton melihat situasi didalam kereta perisai dengan suasana tegang terpacar dari wajah anggota tentera. Dipengujung teaser, dipaparkan beberapa helikopter dan kolum kereta perisai sebelum diakhir dengan ayat “berdasarkan kisah benar.”
Anda boleh tonton teaser Malbatt: Misi Bakara dibawah:
Butiran lanjut mengenai plot masih belum diketahui, tetapi dilaporkan filem akan datang berdasarkan peristiwa ‘Black Hawk Down’ dimana menceritakan sisi pasukan tentera Malaysia ketika mereka terlibat dalam operasi menyelamat pasukan tentera Amerika Syarikat yang dikepung ribuan pengikut Farah Aidid semasa pentempuran di Bakara Market, Somalia.
Malbatt: Misi Bakara menampilkan pelakon seperti menampilkan Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Ikhram Juhari, Safwan Nazri, Gambit Saifullah and Theebaan G.
Dengan kos pembikinan mencecah RM20 juta, MALBATT: Misi Bakara menjadi filem tempatan paling yang memiliki kos tertinggi dalam sejarah.