Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Teaser Trailer Lightyear: Chris Evans Terajui Filem Spin-Off Toy Story

Disney dan Pixar telah melancarkan teaser trailer untuk filem animasi sci-fi terbaru bertajuk Lightyear, yang memfokuskan kisah asal-usul Buzz Lightyear, renjer angkasa lepas kegemaran ramai dari filem Toy Story. 

Teaser Lightyear memberikan gambaran pertama kepada peminat tentang beberapa urutan penuh aksi dari filem serta tona visualnya dan sut angkasa lepas hijau-putih yang menjadi ‘trademark’ watak ikonik itu. Disuarakan oleh bintang Marvel Cinematic Universe Chris Evans, filem animasi ini dijadualkan tiba di pawagam pada 17 Jun 2022. 

Lightyear adalah filem sci-fi pengembaraan yang diarahkan oleh animator veteran Pixar, Angus MacLane (Finding Dory) dan diterbitkan oleh Galyn Susman (Toy Story 4Ratatouille).

Filem spin-off animasi ini mempersembahkan kisah asal usul Buzz Lightyear, wira yang memberi inspirasi kepada permainan (disuarakan oleh Tim Allen dalam siri filem asal)—memperkenalkan legenda Space Ranger yang akan memenangi hati beberapa generasi peminat. Ia dijangka meneroka kisah bagaimana seorang juruterbang ujian muda yang menjadi Renjer Angkasa seperti yang kita semua tahu pada hari ini.

Related posts

Shang-Chi 2 Kini Sedang Dibangunkan, Destin Daniel Akan Mengarah Siri TV MCU

Kakimuvee

Transformasi Menakutkan Jared Leto Dalam Klip Eksklusif MORBIUS

Kakimuvee

Kevin Feige SAHKAN Charlie Cox Akan Menjadi Daredevil MCU

Kakimuvee

Gambar Pertama ‘Texas Chainsaw Massacre’ Tetapkan Debut Netflix Untuk Sekuel Seram Yang Dinantikan

Kakimuvee

Pandangan Pertama Spider-Man: Across the Spider-Verse (Part One)

Kakimuvee

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Leave a Comment