Teaser Trailer Filem The Walking Dead Dilancarkan

122
views

Andrew Lincoln akan kembali membawakan wataknya dalam francais The Walking Dead (TWD), kali ini menerusi siri filem The Walking Dead. Ketika penghujung sesi panel The Walking Dead di konvensyen San Diego Comic-Con, pengunjung dikejutkan dengan teaser trailer filem TWD (yang masih belum mempunyai tajuk) yang akan diterbitkan oleh studio Universal Pictures, anda boleh tontonnya dipemain video dibawah

Tahun lalu, Andrew Lincoln mengumumkan pengundurannya dari siri televisyen The Walking Dead. Dalam penampilan terakhir siri tersebut, karakter Rick Grimes lakonan Lincoln telah mengalami kecederaan yang agak teruk dan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui oleh sekumpulan individu dengan menaiki helikopter.

Dalam filem terbaru itu nanti, ia akan meneroka kemana Rick dibawa dan cabaran yang bakal dihadapi olehnya ditempat baru, ditengah-tengah zaman yang dikuasai oleh zombi. Setakat ini, tidak diketahui siapa yang akan menulis serta mengarahkan filem The Walking Dead, dan bila ia akan ditayangkan.

Siri televisyen popular ini diadaptasikan dari siri komik berjudul sama yang ditulis oleh Robert Kirkman dan diterbitkan Image Comics. Ia mengisahkan tentang sekumpulan individu yang ingin mencari tempat perlindungan yang selamat dari buruan zombi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here