Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Teaser Trailer Deadpool 2 Dedahkan Mr. Sinister Sebagai Villain?

Filem Deadpool 2 baru sahaja melancarkan teaser trailer mereka awal pagi tadi. Seperti biasa, teaser trailer filem Deadpool 2 akan menampilkan unsur-unsur humor  apabila ia meniru program televisyen Bob Ross, pelukis terkenal US era 80-an sebagai klip teaser mereka. Selain itu juga, ia turut mendedahkan sedikit footage untuk filem berkenaan.

Apa yang menariknya dalam teaser tersebut, Deadpool telah memberi hint tentang kemunculan Mr. Sinister dalam filem berkenaan. Menurut laman web Screenrant, Deadpool telah membuat satu contengan di atas lukisannya secara tidak sengaja dan contengan tersebut kelihatan seperti Mr. Sinister.

Adakah Mr. Sinister benar-benar akan menjadi villain dalam filem Deadpool 2 nanti? – buat masa ini ia sekadar khabar angin dan teori peminat sahaja.

Bagaimanapun, bagi yang mengikuti komik Marvel terutamanya komik-komik X-Men, Mr. Sinister sememangnya mempunyai kaitan dengan Cable. Malah kelahiran Cable berpunca dari tipu daya Mr. Sinister yang menghantar klon Jean Grey untuk bertemu dengan Cyclops sebelum kedua-dua berkahwin dan melahirkan anak yang bernama Nathan Summers aka Cable.

Jika benar teori tersebut, ia boleh dianggap sangat menarik kerana nama villain tersebut kini kerap disebut-sebut bakal muncul dalam salah satu filem superhero mutant keluaran Fox antaranya filem Gambit.

Pertama kali nama Mr. Sinister muncul dalam dunia sinematik adalah semasa end-credit filem X-Men: Apocalypse yang menujukkan beg bimbit yang bertulis ‘Essex Cooperation. Pada mulanya, ramai peminat menyangkakan karakter villain tersebut bakal muncul dalam filem Logan, tetapi jangkaan mereka meleset.

Jika teori peminat itu benar, selain Black Tom Cassidy, Deadpool dan rakan-rakannya terpaksa berhadapan dengan Mr. Sinister yang cukup kuat dan mampu memanipulasi minda seseorang. Apapun kita nantikan filem kedua Deadpool yang bakal ditayangkan pada pertengahan tahun hadapan.

Related posts

Jon Watts Ibaratkan ‘Spider-Man: No Way Home’ Seperti ‘Endgame’

Kakimuvee

[VIDEO] Aksi Pertama Ribut Dalam Siri ‘Ultraman Trigger: New Generation Tiga’

Kakimuvee

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Leave a Comment