Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Teaser Terbaru The Mandalorian Paparkan Pandangan Pertama Fennec Shand Lakonan Ming-Na Wen

Lucasfilm telah melancarkan teaser terbaru siri Star Wars akan datang, The Mandalorian. Teaser tersebut memaparkan padangan pertama pembunuh angkasa, Fennec Shand lakonan Ming-Na Wen. Anda boleh saksikan teaser tersebut dipemain video dibawah.

The Mandalorian akan menceritakan tentang seorang pahlawan yang telah muncul dalam dunia Star Wars. Ditetapkan selepas kejatuhan Empire dan sebelum kemunculan First Order, siri ini akan membawa penonton merasai penggembaran pahlawan solo itu di kawasan galaksi yang luas dan berjauhan dari kekuasaan New Republic.

Pedro Pascal memainkan peranan sebagai pahlawan tunggal Mandalorian. Dia disertai Gina Carano sebagai Cara Dune, bekas Rebel Shock Trooper yang menghadapi masalah untuk bergaul dengan masyarakat serta Carl Weathers sebagai Greef, seorang ketua kumpulan “bounty hunters” yang mengupah The Mandalorian untuk tugasan tertentu.

Siri ini turut dibintangi Giancarlo Esposito, Emily Swallow, Carl Weathers, Omid Abtahi, Werner Herzog dan Nick Nolte.

Jon Favreau bertindak selaku penerbit eksekutif dan showrunner untuk siri ini. Pengarah musim pertama terdiri daripada Dave Filoni, Deborah Chow, Rick Famuyiwa, Bryce Dallas Howard dan Taika Waititi.

The Mandalorian akan mula bersiaran di Disney+ pada 12 November ini.

Related posts

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment