Official TrailerSlot Asia

Teaser Terbaru My Hero Academia THE MOVIE Heroes: Rising Didedahkan Kepada Umum

Views

Teaser terbaru My Hero Academia THE MOVIE Heroes: Rising telah didedahkan kepada umum. Teaser tersebut memaparkan kuasa luar biasa yang dimiliki penjahat misteri dikenali sebagai Nine.

Anda boleh kehebatan penjahat tersebut menerusi video yang dikongsikan laman Twitter rasmi MHA.

Filem ini akan berkisarkan tentang wira muda dari class 1-A, dimana mereka menuju ke sebuah pulau untuk melindungi penduduk disana dan menentang penjahat yang berkuasa, dikenali sebagai Nine.

Heroes: Rising akan menampilkan karakter seperti Izuku Midoriya, Katsuki Bakugo, Ochaco Uraraka, Shoto Todorok dan beberapa karakter lain dari Class 1-A.

Diarahkan oleh Kenji Nagasaki dan skrip oleh Yōsuke Kuroda, My Hero Academia THE MOVIE Heroes: Rising dijangka akan menemui penonton 20 Disember 2019.

BACA:  Trailer "See" Paparkan Pandangan Pertama Jason Momoa Sebagai Baba Voss
shares