Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Teaser Tayangan Semula Spider-Man: Far From Home Paparkan Rakaman Terbaru Yang Tidak Pernah Ditonton Peminat

Sempena tayangan semula filem Spider-Man: Far From Home, sebuah video promosi telah dilancarkan menerusi laman Twitter rasmi @SpiderManMovie. Video tersebut turut memaparkan rakaman terbaru yang hanya boleh ditonton dalam versi “Extended Cut” Spider-Man: Far From Home, anda boleh saksikannya di bawah.

Dengan kutipan sebanyak $1.116 billion dolar seluruh dunia, Spider-Man: Far From Home kini menjadi filem paling laris yang pernah diterbitkan Sony Pictures.

Bagi meraikan kejayaannya, Sony Pictures telah merancang untuk melakukan tayangan semula filem tersebut dengan pertambahan durasi tayangan selama empat minit. Tidak seperti Avengers: Endgame, versi “Extended Cut” ini akan menyaksikan beberapa babak baru yang tidak pernah dipertontonkan kepada peminat.

Tayangan semula Spider-Man: Far From Home akan bermula pada 29 Ogos ini sehingga 5 September. Bagaimanapun, hanya penonton di pasaran Amerika Utara sahaja yang berpeluang menyaksikan versi ‘extended cut’ ini.

Related posts

[VIDEO] Teaser “Berlin” Memperkenalkan 5 Watak Utama

Kakimuvee

Trailer Rasmi “Black Panther 2” Memperlihatkan Ancaman Yang Dihadapi Wakanda

Kakimuvee

Tonton Trailer “Attack On Titan” Terbitan Studio The Asylum

Kakimuvee

Pasangan Kekasih Diburu CIA Dalam Trailer Filem Terbaru A24 “Stars at Noon”

Kakimuvee

[TRAILER] Kisah Pencuri 1 Sen Diceritakan Dalam Siri Terbaru Astro “One Cent Thief”

Kakimuvee

Tubi Keluarkan Trailer ‘Hot Take: The Depp/Heard Trial, Filem Yang Tidak Diminta Peminat

Kakimuvee

Leave a Comment