Teaser Star Trek: Picard Paparkan Kepulangan Karakter Ikonik Lakonan Patrick Stewart

118
views

Laman strim atas talian CBS All Acces telah melancarkan teaser pertama siri televisyen Star Trek: Picard. 

Teaser yang berdurasi 1:10 minit itu memaparkan Admiral Jean-Luc Picard yang telah bersara dengan naratif suara yang menceritakan insiden misteri yang menimpa kepada Picard 15 tahun yang lalu.

Penulis filem Star Trek Into The Darkness menjadi ‘showrunner’ untuk siri ini manakala Hanelle Culpepper akan mengarahkan episod pertama dan kedua siri Star Trek: Picard.

Plot untuk siri ini masih tidak diketahui buat masa ini. Berkemungkinan besar ia akan berlatarbelakangkan zaman ketika Picard sudah berusia dan keluar dari persaraan untuk membantu Starfleet selepas kemusnahan planet Romulus.

Star Trek: Picard masih belum mempunyai tarikh siaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here