
Sempena Disney+ Hotstar APAC Content Showcase yang berlangsung pada hari ini, Primeworks Studios dan Wau Animation telah melancarkan teaser rasmi untuk musim ketiga siri animasi yang dinantikan, Ejen Ali, akan datang secara eksklusif di Disney+ Hotstar mulai 2022.
Teaser tersebut dimulakan dengan Ejen Ali telah menerima satu mesej yang mengandungi koordinat lokasi rahsia. Dia dengan beberapa ejen rahsia yang lain telah tiba di lokasi berkenaan sebelum Ali mengajukan pertanyaan mengenai “pertandingan.” Babak seterusnya memaparkan beberapa ejen termasuk Ali, dari dua kumpulan yang berlainan, sedang bertarung antara satu sama lain, mengisyaratkan tentang penceritaan dan aksi yang lebih menarik dalam musim yang akan datang.
Anda boleh saksikan trailer di bawah:
Dalam musim terbaru siri animasi Malaysia yang dinanti-nantikan ini yang dihasilkan bersama oleh Primeworks Studios, Wau Animation dan Disney+ Hotstar, watak-watak siri berkenaan akan mengembara ke bandar futuristik Cyberaya dengan ejen rahsia dan melakukan misi yang mustahil.