Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Teaser Poster Zombieland: Double Tap Didedahkan


Walaupun Sony Pictures tidak menyertai konvensyen San Diego Comic-Con tahun ini, mereka masih memberikan sedikit saguhati buat peminat-peminat apabila melancarkan poster teaser filem terbaru mereka berjudul Zombieland: Double Tap. Anda boleh lihat poster menarik itu dibawah.

Dijangkakan, trailer pertama filem sekuel ini akan ditayangkan kepada umum tidak lama lagi.

Zombieland: Double Tap! menyaksikan pengarah filem pertama Ruben Fleischer kembali mengarahkan sekuel kali ini, begitu juga dengan penulis skrip Rhett Reese dan Paul Wernick. Selain itu juga, pelakon asal iaitu Woody Harrelson, Jesse Eisenberg, Emma Stone dan Abigail Breslin akan kembali membawakan watak masing-masing.

Sekuel kali ini menyaksikan Columbus, Tallahasse, Wichita dan Little Rock bergerak ke lokasi-lokasi penting di Amerika dan terpaksa menentang zombi yang semakin berkembang. Dalam masa yang sama mereka perlu berhadapan dengan kerenah masing-masing.

Turut membintangi filem ini adalah Bill Murray yang akan membawakan wataknya dari filem pertama, Zoey Deutch, Avan Jogia, Rosario Dawson, Thomas Middleditch, Luke Wilson dan Dan Aykroyd.


Filem Zombieland pertama yang diterbitkan pada tahun 2009 menjadi popular dikalangan peminat-peminat filem zombi dan telah berjaya meraih lebih $100 juta dolar.

Zombieland: Double Tap akan menemui penonton di Malaysia pada 31 Oktober ini.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee