Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Teaser Poster Wreck-It Ralph 2 Telah Dilancarkan


Pengeluar filem animasi, Walt Disney Animation Studios telah melancarkan teaser poster terbaru filem animasiĀ Wreck-It Ralph 2 sebentar tadi. Turut dilancarkan juga adalah ‘motion poster’ filem berkenaan. Anda boleh lihat poster dibawah.

Dalam sekuel kali ini, Ralph (disuarakan oleh John C. Reilly) telah meninggalkan dunia arked dan mengembara ke dunia internet. Turut menyertainya adalah Vanellope von Schweetz (disuarakan oleh Sarah Silverman). Kedua-duanya mengembara ke dunia internet dengan tujuan untuk mencari alat ganti permainan arked Vanellope, Sugar Rush dilaman sesawang. Ralph dan Vanellope bakal menempuhi dunia baru dan bertemu dengan karakter dunia Internet termasuklah bertemu Yess (disuarakan olehĀ Taraji P. Henson), yang merupakan pengusaha laman web dan algoritma yang cukup bergaya.

Wreck-It Ralph 2Ā juga bakal menampilkan puteri-puteri Disney dan disuarakan oleh pelakon-pelakon asal sepertiĀ Auliā€˜i Cravalho (Moana), Kristen Bell (Anna dalam animasiĀ Frozen), Kelly Macdonald (MeridaĀ dalam animasi Brave), Mandy Moore (RapunzelĀ dalam animasi Tangled), Anika Noni Rose (TianaĀ dalam animasiĀ The Princess and the Frog), Irene Bedard (Pocahontas), Linda Larkin (JasmineĀ dalam animasi Aladdin), Paige O’Hara (Belle dalam animasiĀ Beauty and the Beast) dan Jodi Benson (ArielĀ dalam animasi The Little Mermaid).

Diarahkan olehĀ Rich Moore serta ditulis olehĀ Phil Johnston,Ā Ralph Breaks the Internet: Wreck-Ralph 2Ā bakal menemui penonton pada 21 November 2018


Related posts

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee

Disney+ Bakal Menyekat Perkongsian Kata Laluan Mulai Tahun Hadapan

Kakimuvee

Sarah Desjardins & Cameron Monaghan Membintangi Filem Terbaru Disney ‘Tron: Ares’

Kakimuvee

Disney Kerugian AS$900 Juta Selepas Kegagalan Box Office Beberapa Filem Terbarunya

Kakimuvee

Review Filem: Elemental (2023)

Kakimuvee

[TRAILER] Pixar Tampil Dengan Filem Animasi Penggembaran Terbaru Bertajuk ‘Elio’

Kakimuvee