Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Siri TV

Teaser Pertama ‘Moon Knight’ Yang Menampilkan Oscar Isaac Sebagai Watak Utama

Teaser Moon Knight untuk siri MCU yang dinantikan telahpun tiba, memberikan kepada penonton pandangan pertama pemenang Golden Globe Oscar Isaac sebagai watak anti-hero utama. Selain itu juga, sinopsis rasmi turut didedahkan.

Moon Knight is a new globetrotting action-adventure series featuring a complex vigilante who suffers from dissociative identity disorder, The multiple identities who live inside him find themselves thrust into a deadly war of the gods against the backdrop of modern and ancient Egypt.”

Teaser tersebut, yang anda boleh lihat di bawah, menyerlahkan aksi thriller dan nada gelap siri akan datang sambil menggoda identiti watak yang pelbagai dan cukup kompleks. Ia juga memberikan kepada penonton gambaran Isaac sebagai Moon Knight serta kostumnya. 

Siri terbaru Marvel Disney+ ini ditulis dan dibangunkan pencipta siri televisyen “The Umbrella Academy”Jeremy Slater. Kesemua episod akan diarahkan oleh pembikin filem dari Mesir, Mohamed Diab, dengan Gregory Middleton (Final Girl, Watchmen, Game of Thrones) dan Stefania Cella (Morbius) masing-masing sebagai sinematografer dan perekabentuk produksi.

Karakter Moon Knight dicipta Doug Moench dan Don Perlin pada tahun 1975 menerusi komik “Werewolf by Night” #32. Moon Knigth merupakan alter ego Marc Spector, seorang peninju dan bekas askar marine Amerika Syarikat, yang mencipta beberapa identiti seperti pemandu teksi bernama Jake Lockley dan jutawan playboy bernama Steven Grant, dalam usahanya membanteras jenayah. 

Abiliti Spector sebelum ini bergantung pada kitaran bulan dimana ia membantu meningkatkan kekuatan, kepantasan dan ketahanannya. Bagaimanapun, versi terbaru karakternya mirip seperti karakter komik DC, Batman dimana dia bergantung pada teknologi dan kepakarannya dalam seni mempertahankan diri, serta kemahirannya sebagai detektif.

Related posts

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

TV Spot ‘Hawkeye’ Yang Penuh Aksi Menjelang Debut 24 November Ini

Kakimuvee

Leave a Comment