Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Teaser Pertama Enola Holmes Lakonan Millie Bobby Brown


Netflix telah melancarkan trailer pertama filem adaptasi Enola Holmes arahan Harry Bradbeer, yang memberikan pengenalan pertama Millie Bobby Brown sebagai detektif muda. 

Filem yang dibarisi pelakon bintang ini akan ditayangkan pada 23 September ini eksklusif di Netflix. Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah. 

Diarahkan oleh Harry Bradbeer (Killing Eve) dan lakonlayar oleh Jack Thorne (His Dark Materials), Enola Holmes berkisarkan tentang adik bongsu Sherlock Holmes, Enola yang melarikan diri dari rumah untuk mencari ibunya yang telah lama hilang.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Henry Cavill (Man of Steel) sebagai Sherlock Holmes, Sam Clafin (Hunger Games) sebagai Mycroft serta Adeel Akhtar (The Big Sick, Les Miserables), Fiona Shaw (Killing Eve, Harry Potter), Frances de la Tour (Into the Woods, Harry Potter), Louis Partridge (Medici), Burn Gorman (Pacific Rim), dan Susan Wokoma (Crazyhead, Year of the Rabbit).

 


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee