Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+


Paramount+ telah melancarkan teaser pertama Paranormal Activity: Next of Kin untuk filem reboot terbaru Paramount Players dan Blumhouse dari francais ‘found footage’ seram popular. Filem ini dijadualkan untuk tayangan pada hari Jumaat, 29 Oktober, sempena musim Halloween tahun ini.

Video teaser tersebut menggoda ansuran terbaru yang sangat berbeza berbanding pengaturan rumah dalam filem-filem sebelumnya. Nampaknya, filem yang akan datang ditetapkan dalam suasana seleperti kultus, di mana seorang wanita muda disambut kembali ke sebuah komuniti, yang ahlinya berpotensi terlibat dalam ritual supernatural.

Anda boleh tonton teaser Paranormal Activity: Next of Kin dibawah:

Paranormal Activity: Next of Kin diarahkan oleh William Eubank dari lakonlayar yang ditulis oleh Christopher Landon, yang juga merupakan penulis skrip utama untuk francais ini. Landon sebelum ini turut mengarah dan menulis filem spin-off The Marked Ones pada 2014.

Filem reboot ini dibarisi pelakon seperti Emily Bader, Roland Buck III, Dan Lippert, dan Henry Ayers-Brown.


Jason Blum bersama penulis/pengarah filem pertama Oren Peli, berkhidmat sebagai penerbit, manakala Landon, Steven Schneider, dan Jenny Hinkey sebagai penerbit ekskutif. 

Strim Paranormal Activity 4

Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee