Slot Asia

Teaser Oh! Samkwang Villa Menjanjikan Banyak Gelak Ketawa

Views

Drama hujung minggu KBS akan datang Oh! Samkwang Villa telah mengeluarkan teaser terbaru! Anda boleh saksikannya dibawah.

Oh! Samkwang Villa adalah kisah mengenai pelbagai orang yang berkumpul di sebuah rumah bernama Samkwang Villa yang dikendalikan oleh seorang wanita bernama Lee Soon Jung (Jeon In Hwa). Drama ini menunjukkan bagaimana orang yang bermula sebagai orang asing mula membuka hati dan saling mencintai. Ini menyampaikan mesej bahawa tidak kira betapa sukarnya dunia, kehangatan cinta yang tidak ternilai masih ada dalam hubungan manusia.

Lee Jang Woo memainkan peranan sebagai Woo Jae Hee, seorang arkitek yang sangat pentingkan ketelitian, sementara Jin Ki Joo sebagai Lee Bit Chae Woon, seorang penghias dalaman profesional dengan rasa tanggungjawab yang kuat.

Oh! Samkwang Villa akan memulakan tayangan perdana pada 19 September ini jam 7.55 malam waktu tempatan, iaitu selepas berakhirnya siri Once Again.

Sumber: Soompi

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares