Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Teaser Mulan Mendapat 175 Juta Tontonan Dalam Tempoh 24 Jam

Teaser filem ‘live action’ Mulan yang ditayangkan pada Isnin yang lalu telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 175 juta dalam tempoh 24 jam, menjadikan trailer kedua Disney yang mendapat jumlah tontonan tertinggi.

Pencapaian tersebut meletakkan Mulan ditangga ketujuh trailer yang mendapat jumlah paling tinggi tontonan dalam tempoh 24 jam dibelakang Avengers: Endgame, Avengers: Infinity War, The Lion King, IT, danThe Fate of the Furious. 

Mulan merupakan filem ‘live action’ adaptasi dari filem animasi berjudul sama yang diterbitkan Disney pada 1998. Filem ini berdasarkan legenda masyarakat China iaitu Hua Mulan, dimana dia menyamar sebagai seorang lelaki, menggantikan tempat ayahnya yang sudah tua – untuk berkhidmat dalam pasukan tentera China dan membawa penghormatan kepada keluarganya.

Filem ini dibintangi Yifei Liu yang akan memainkan peranan utama sebagai Hua Mulan, dia akan dibantu beberapa pelakon lain antaranya Gong Li, Donnie Yen, Jet Li, Jason Scott Lee, Yoson An, Jimmy Wong, Doua Moua, Ron Yuan, Utkarsh Ambudkar, Xana Tang, dan Chum Ehelepola.

Lakonlayar ditulis oleh Elizabeth Martin, Lauren Hynek, Rick Jaffa dan Amanda Silver, dan diterbitkan Walt Disney Pictures.

Filem aksi perang drama ini dijangka akan menemui penonton mulai 27 Mac 2020.

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment