Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Teaser ‘Moonfall’ Pratonton Filem Sci-Fi Bencana Terbaru Dari Pengarah Roland Emmerich

Lionsgate akhirnya telah melancarkan teaser pertama Moonfall untuk filem aksi sci-fi bencana dari pengarah Independence DayThe Day After Tomorrow, dan 2012, Roland Emmerich. Dibintangi Halle Berry dan Patrick Wilson, filem ini dijadualkan tayangan pada 4 Februari 2022.

Teaser tersebut memberikan pandangan pertama Moonfall yang mendebarkan ketika satu kekuatan yang tidak diketahui telah menyebabkan Bulan menuju terus ke Bumi, mengancam kepupusan dunia dengan sejumlah bencana besar yang dicetuskan oleh kesan yang bakal berlaku. Kini, nasib dunia berada di tangan tiga orang yang dipimpin oleh Jo Fowler, lakonan Helle Berry, yang mesti melakukan misi angkasa yang mustahil, iaitu untuk menghentikan Bulan dari jatuh ke Bumi.

Moonfall diarahkan oleh Rolan Emmerich dari lakon layar yang ditulis olehnya bersama Harald Kloser dan Spenser cohen. Filem ini turut dibintangi John Bradley (Game of Thrones), Michael Peña (Battle: Los Angeles), Charlie Plummer (All the Money in the World), Kelly Yu, Eme Ikwuakor (On My Block), Carolina Bartczak (X-Men: Apocalypse), dan Donald Sutherland (The Hunger Games).

Sinopsis rasmi:

Dengan hanya beberapa minggu sebelum dunia di ambang kemusnahan, eksekutif NASA yang juga bekas angkasawan, Jo Fowler yakin dia mempunyai kunci untuk menyelamatkan kita semua – tetapi hanya satu angkasawan dari masa lalunya, Brian Harper dan ahli teori konspirasi K.C. Houseman, mempercayainya. Wira-wira yang tidak mungkin ini akan melakukan misi terakhir yang mustahil ke angkasa lepas, meninggalkan semua orang yang mereka cintai, hanya untuk mengetahui bahawa Bulan kita tidak sama seperti yang kita fikirkan.

Anda boleh tonton trailer Moonfall dibawah:

Related posts

Klip Terbaru Venom: Let There Be Carnage Goda Transformasi Cletus Kasady

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Ketiga The Witcher

Kakimuvee

Teaser Baru Jirisan Papar Gandingan Hebat Gianna Jun & Ju Ji-hoon

Zulaikha

My Hero Academia Musim Ke-6 Telah Diumumkan, Saksikan Teaser Trailer Disini

Kakimuvee

Randall Park, Jani Zhao Antara Yang Sertai Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee

Leave a Comment