Netflix telah melancarkan teaser pertama siri adaptasi berjudul Locke & Key, tayangan 7 Februari tahun hadapan. Anda boleh saksikan teaser pendek tersebut dibawah.
“Selepas ayah mereka dibunuh dalam keadaan misteri, tiga saudara kandung Locke dan ibu mereka telah berpindah ke rumah nenek moyang mereka, Keyhouse. Disana, mereka telah menemui kunci-kunci ajaib yang mungkin dapat mengaitkan dengan kematian ayah mereka.
Ketika anak-anak Locke meneroka kunci yang berbeza dan kuasa unik mereka, syaitan misteri telah dibangkitkan – dan melakukan apa jua cara untuk menculik mereka.
Locke & Key dibintangi Darby Stanchfield sebagai Nina Locke, Jackson Robert Scott sebagai Bode Locke, Connor Jessup sebagai Tyler Locke, Emilia Jones sebagai Kinsey Locke, Billy Heck sebagai Rendell Locke, Laysla De Oliveira sebagai Dodge, Thomas Mitchell Barnet sebagai Sam Lesser dan Griffin Gluck sebagai Gabe.
Sometimes the secrets have to burn. pic.twitter.com/18rsEDSdLQ
— Locke & Key (@lockekeynetflix) December 20, 2019