Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

“Silence is Not Enough” – Teaser & Featurette A Quiet Place: Part II

Paramount Pictures telah melancarkan featurette terbaru filem sekuel seram A Quiet Place: Part II yang menampilkan John Krasinski dan Emily Blunt; yang menceritakan semula filem pertama serta apa yang diharapkan penonton dalam sekuel akan datang. Anda boleh saksikan video tersebut dipemain video dibawah.

A Quiet Place Part II turut menyaksikan pelakon Millicent Simmonds dan Noah Jupe kembali memainkan peranan mereka sebagai Regan dan Marcus Abbott. Selain itu juga, mereka turut disertai pendatang baru iaitu Cillian Murphy dan Djimon Hounsou yang masih tidak diketahui watak mereka.


John Krasinsk sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai pengarah dan penulis skrip. Setakat ini, plot filem tidak didedahkan kepada umum.

Dilaporkan juga, pembikinan sekuel kali ini akan menelan belanja yang lebih besar berbanding filem pertama. Emily Blunt yang kebiasannya menerima bayaran 7 angka juga dikatakan sekali lagi sanggup untuk mengurangkan bayaran yang diterimanya kerana filem ini adalah projek yang diminati oleh suaminya, John Kransinski.

Filem pertama A Quite Place yang ditayangkan pada 2018 berjaya meraih $340 juta dolar seluruh dunia dengan modal pembikinan hanya $17 juta dolar. A Quiet Place: Part II akan memulakan tayangannya pada 20 Mac 2020.

Related posts

Trailer “Baymax!” Tetapkan Debut Spin-Off “Big Hero 6” Di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Trailer “Mat Kilau” Papar Perjuangan Anak Bangsa Melawan Penjajah

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Leave a Comment