Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Teaser Deadpool 2 dan Easter Egg


Ryan Reynold telah berjaya meng”hijack” filem Logan dengan meletakkan preview filem Deadpool akan datang sebelum bermulanya tayangan filem Logan. Ramai menyangkakan teaser filem Deadpool 2 tersebut dikatakan cameo kepada filem Logan sedangkan ia adalah teaser trailer seperti yang dilakukan beberapa filem lain yang meletakkan preview filem mereka sebelum tayangan filem-filem besar.

Teaser filem Deadpool ini bukanlah diambil dari mana-mana babak dalam flem Deadpool 2, tetapi sekadar preview biasa yang diusahakan olehĀ David Leitch pengarah filem John Wick yang mengambil alih kerusi pengarah dari director yang merajuk, Tim Miller dan juga usaha Ryan Reynold untuk mempromosikan filem terbitan terbarunya itu.

Selain itu juga, walaupun dikatakan muncul sebelum tayangan filem Logan, tidak semua negara ada preview ini, mungkin beberapa negara sahaja yang mempunyai teaser trailer Deadpool sebelum tayangan filem Logan.

Bagaimanapun teaser Deadpool 2 ini mengandungi pelbagai easter egg yangĀ menarik. Antaranya poster filem Logan dan papan iklan klasik yang menunjukan tayangan filem Logan. Well, bukan rahsia lagi yang Ryan Reynold adalah peminat Hugh Jackman dan Logan. Mungkin ini usaha Ryan Reynold untuk memujuk Hugh Jackman membuat cameo dalam filemnya nanti.

Logan, Superman parodi dan Cable easter egg dalam satu babak.

Poster Filem Logan dalam teaser Deadpool 2


Selain itu, cara dia menukar sut dalam booth telefon kelihatan sama seperti karakter Superman menukar pakaiannya. Mungkin perli rasanya, maaf fanboy DC, Deadpool tidak bermaksud apa-apa. Tak dilupai, dekat booth telefon tersebut ada tertulis “Nathan Summers Cumming soon”. So confirm! Cable akan muncul dalam Deadpool 2, bukan lagi rahsia. Cuma siapa yang bakal bawa watak Cable belum diketahui, kami pilih Pierce Brosnan!.

Stan Lee cameo dalam teaser Deadpool 2

Oh ye! Legenda komik Marvel, Stan Lee juga munculĀ dalam teaser trailer ini. Ini pertama kali beliauĀ muncul dalam filem karakter Marvel keluaran studio FOX (kalau tak silap kamilah)

Siapa yang belum menonton teaser trailer filem Deadpool 2, kami letakkan videonya dibawah, video ini telah diberi kebenaran oleh Ryan Reynold untuk diviralkan oleh pemiant-peminat Deadpool. Deadpool 2 akan menampilkan Cable dalam filem akan datang, still R-Rated dan akan ditayangkan pada tahun 2018.

 


Related posts

Klip Video FALL GUY Papar Babak Lagak Ngeri Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

[VIDEO] Netflix Sahkan Perancangan One Piece Musim 2

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Video The Nun 2: James Wan Goda Sekuel Yang Terikat Dengan Kisah Conjuring

Kakimuvee

[VIDEO] ‘Oppenheimer’ Sifar CGI Menurut Christopher Nolan

Kakimuvee

Pelakon Suara Anime Jepun Kembali Ke Luatan Dalam Adaptasi Live-Action ‘One Piece’ Netflix

Kakimuvee