
Netflix telah mengeluarkan teaser terbaru Bird Box Barcelona.
“Daripada penerbit fenomena global, Bird Box, muncul Bird Box Barcelona, lanjutan dari filem yang memukau penonton pada 2018,” menurut sinopsis rasmi filem itu.
“Selepas kuasa misteri memusnahkan penduduk dunia, Sebastian mesti mengemudi perjalanan kelangsungan hidupnya sendiri melalui jalan-jalan terpencil di Barcelona. Semasa dia membentuk pakatan yang tidak selesa dengan mangsa yang terselamat yang lain dan mereka cuba melarikan diri dari bandar itu, ancaman yang tidak dijangka dan lebih jahat berkembang.”
Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah:
Seperti filem terdahulu, Bird Box barcelona akan dilancarkan di Netflix pada 14 Julai 2023.
Walaupun filem ini berada dalam dunia Bird Box, ia tidak berfungsi sebagai sekuel langsung kepada filem pertama yang dibintangi Sandra Bullock, sebalik ia adalah filem ‘standalone’ yang menampilkan barisan pelakon baru.
Diarahkan oleh Alex Pastor dan David Pastor, Bird Box Barcelona dibintangi Mario Casas, Naila Schuberth Georgina Campbell dan Diego Calva .