Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Video

‘Team Kong vs Team Godzilla’ Dalam Video Featurette “Godzilla vs. Kong”

Kurang dua minggu lagi tayangan filem yang dinantikan “Godzilla Vs. Kong“, dan Legendary Pictures menambah keterujaan dengan mengongsikan video ‘featurette’ kepada peminat. 

Video ‘featurette’ itu menyoroti beberapa rakaman terbaru yang memaparkan pergaduhan antara dua legenda Titan, dan juga wawancara dengan pengarah Adam Wingard serta beberapa pelakon utama, yang mendedahkan bahawa watak manusia akan terbahagi kepada dua, iaitu yang menyokong Kong dan menyokong Godzilla. 

Melihat kepada hubungannya dengan ‘Big G’ dalam “King of the Monsters“, berkemungkinan watak Millie Bobby Brown akan menyokong Godzilla bersama watak lakonan Julian Dennison dan Bryan Tyree Henry, manakala watak Alexander Skarsgard, Rebecca Hall dan Eiza González akan menyebelahi Kong. 

Walaupun sinopsis awal untuk filem ini meyakinkan kita bahawa “salah satu akan tumbang”, teori yang berlegar kini mengatakan bahawa Godzilla dan Kong akhirnya akan bergabung untuk menghentikan ancaman yang lebih besar terhadap umat manusia; mungkin Mecha-Godzilla? atau Mecha-Ghidorah? 

“Godzilla vs. Kong” merupakan filem keempat dalam francais MonsterVerse selepas Godzilla (2014), Kong; Skull Island dan Gozilla: King of the MonstersAdam Wingard (Death Note) mengarahkan filem ini berdasarkan lakonlayar yang ditulis Eric Pearson (Thor: Ragnarok) dan Max Borenstein (The Terror)

Barisan pelakon terdiri daripada Alexander Skarsgård, Millie Bobby Brown, Rebecca Hall, Brian Tyree Henry, Shun Oguri, Eiza González, Jessica Henwick, Julian Dennison, Kyle Chandler, Demián Bichir, Zhang Ziyi, Van Marten dan Lance Reddick.

“Godzilla vs. Kong” akan ditayangkan secara serentak di HBO Max dan pawagam pada 31 Mac 2021.

Related posts

Warner Bros. Kongsi Video 7 Minit Pertama “Mortal Kombat”

Kakimuvee

Filem “The Flash” Sudah Mulakan Penggambaran, Michael Keaton Sah Kembali Sebagai Batman

Kakimuvee

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Kakimuvee

Paul Dano & Kunal Nayyar Bintangi Filem Netflix “Spaceman”

Kakimuvee

Joe Manganiello Dedah Kenapa Deathstroke Mahu Bunuh Batman

Kakimuvee

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee