Selepas Xavier Dolan dan Will Beinbrink menyertai barisan pelakon filem IT: Chapter 2 dengan membawakan watak Adrian Mellon dan Tom Rogan, laman web Variety melaporkan, aktor Teach Grant disahkan akan berlakon dalam filem sekuel berkenaan.
Grant bakal membawa watak dewasa Henry Bowers, seorang pembuli dan watak jahat dalam filem pertama IT. Semasa dalam filem pertama, nasib Bowers menjadi tanda tanya selepas beliau terjatuh dalam perigi semasa mahu membunuh Bill dan rakan-rakannya.
It: Chapter 2 ditulis oleh Gary Dauberman manakala Andy Muschietti sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengarahkan sekuel selepas beliau berjaya mengarahkan filem pertama It. Selain itu juga, Bill Skarsgård akan turut kembali membawa watak Pennywise.
Filem pertama It telah mencipta beberapa rekod serta mencipta fenomena dikalangan peminat-peminat filem seram. Minggu pertama tayangannya telah berjaya mengaut $123.1 juta dolar, menjadi filem R-Rated kedua paling tinggi kutipan tiket dibelakang filem Deadpool dan menjadi filem seram paling laris selepas berjaya mengutip lebih $700 juta dolar.
IT: Chapter 2 kini sedang dalam pembikinan dan akan menemui penonton pada 6 September 2019