Berita

Tayangan Remp-It 2 Ditunda Ke 2021

Views

Spark dalam filem Remp-it

Filem sekuel Remp-It 2 yang sepatutnya ditayangkan pada tahun ini ditunda ke tahun 2021. Pekara tersebut didedadhkan pengedar filem Remp-It 2 jurucakap Empire Films Solution Sdn Bhd (EFS) iaitu Muhamad Zubir Badar Shair.

Bagaimanapun tarikh sebenar tayangan filem itu masih belum ada berikutan perlu melihat situasi negara terlebih dahulu.

"Filem "Remp-It 2" adalah sebuah naskhah yang besar jadi kami tidak mahu terburu-buru tayang filem ini dengan situasi negara kini masih berjuang untuk menghentikan penyebaran COVID-19.

"Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk tayang filem ini pada tahun hadapan tetapi tarikh sebenar belum dapat ditentukan kerana kami mahu keadaan kembali stabil sebelum menentukan tarikh tayangan filem ini," ujar Muhamad Zubir kepada Cinema Online.

Filem aksi pemotoran ini merupakan sekuel kepada Remp-It arahan Ahmad Idham yang ditayangkan pada 2006. Untuk filem terbaru ini ia akan diterbitkan oleh FKX Film milik Datuk Farid Kamil yang mana dia turut akan mengarah dan membintangi sendiri filem itu.

Dalam pada itu, Zubir berkata untuk tahun ini mereka hanya mempunyai tiga buah filem yang mana dua buah filem sudah pun ditayangkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebuah lagi iaitu "Mencari Rahmat" akan menemui penonton pada 31 Disember ini.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks