Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tayangan Star Wars: Episode VIII ditangguh

star wars 8

STUDIO Disney dan Lucasfilm hari ini mengumumkan bahawa filem Star Wars siri terbaru, Star Wars: Episode VIII, yang sepatutnya ditayangkan pada Mei 2017 akan ditangguhkan kepada 15 Disember 2017.

Bagaimanapun, syarikat produksi tersebut tidak mendedahkan punca utama keputusan penangguhan ini, namun menegaskan kejayaan Star Wars: The Force Awakens yang memecahkan rekod box office pada Disember lalu sememangnya satu pencapaian hebatnya.

Filem itu telah berjaya meraih kutipan lebih dari AS$861 juta di Amerika Utara serta AS$189 juta di pasaran global.

Malah, pengarah filem Episode VIII, Rian Johnson juga ingin melakukan sedikit perubahan dalam produksi filem terbaru itu.

Pasukan filem itu akan memulakan penggambaran utama mereka di London pada bulan depan.

Related posts

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Alec Baldwin Secara Tidak Sengaja Menembak Mati Sinematografer & Mencederakan Pengarah Di Set Penggambaran “Rust”

Kakimuvee

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment