Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tayangan Semula “Spider-Man: No Way Home” Tambah Adegan Pasca-Kredit


Spider-Man: No Way Home akan ditayangkan semula di pawagam tempatan mulai minggu depan, dan antara rakaman terbaru yang dimasukkan dalam versi tayangan semula adalah adegan pasca-kredit. 

AMARAN SPOILER!!!

Menurut laman hiburan Comingsoon.net, adegan pasca-kredit baharu itu mengesahkan apa yang berlaku pada penghujung filem Spider-Man: No Way Home. 

Berikutan mantra yang dilakukan oleh Doctor Strange, orang ramai tidak lagi mengingati Peter Parker. Adegan baru itu memaparkan segmen sekolah terakhir Betty Brant di Midtown Technical High School, di mana dia melalui sejarah mereka di sekolah semasa mereka bersedia untuk graduasi. 

Sambil pelbagai gambar dan montaj dimainkan, Brant menyerlahkan perkara seperti lawatan Decathalon sekolah ke Washington, D.C. dalam Spider-Man: Homecoming dan perjalanan mereka ke Eropah dalam Spider-Man: Far From Home.


Walau bagaimanapun, Peter Parker tidak kelihatan dalam mana-mana rakaman atau gambar, menunjukkan bahawa dia telah hilang dalam ingatan rakan-rakannya dan mereka yang mengenalinya.

Adegan ini juga menunjukkan dengan tepat bagaimana mantra Doctor Strange berfungsi, kerana sesetengah peminat tertanya-tanya tentang perinciannya sebaik sahaja filem itu tamat. 

Spider-Man: No Way Home kini meraih kutipan box office di seluruh dunia lebih AS$1.8 bilion, dan ia mungkin meningkat menjelang tayangan semula pada 8 September ini.


Related posts

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

The Marvels Perlu Kutip Lebih AS$400 Juta Untuk Catat Keuntungan

Kakimuvee

Deadpool 3 Akan Lebih Berani & Sangat ‘R-Rated’

Kakimuvee