Berita

Tayangan Semula Filem Spider-Man: Far From Home Diboikot Peminat Marvel?

Views

Tayangan semula filem Spider-Man: Far From Home sepatutnya mampu meraih lebih $6 juta dolar menjelang hujung minggu ini. Namun sebaliknya berlaku apabila terdapat laporan yang mengatakan peminat-peminat Marvel di Amerika Syarikat telah memboikot filem terbitan Sony itu.

Menurut perkongsian dari beberapa pengguna laman Twitter, jualan tiket filem Spider-Man: Far From Home langsung tidak mendapat sambutan dari peminat. Hampir kesemua dewan tayangan dipawagam berdekatan mereka kelihatan kosong tanpa sebarang tempahan.

Dipercayai, tindakan memboikot tayangan semula filem Spider-Man: Far From Home itu disebabkan kontroversi yang melibatkan Disney dan Sony pada minggu yang lalu dimana kedua-dua studio gagal mencapai kata sepakat mengenai penggunaan hak karakter Spider-Man.

BACA:  Gambar Terbaru GODZILLA VS. KONG Paparkan Pertarungan Dua 'Monster' Terhebat

Perkongsian dari mereka tidak menggambarkan keadaan keseluruhan mengenai jualan tiket tayangan semula filem Spider-Man: Far From Home. Tahun lalu, filem Captain Marvel juga mengalami keadaan yang sama dimana peminat telah berkongsi gambar-gambar dewan tayangan yang kosong, namun ia tidak menghalang filem tersebut mencatat kutipan melebihi $1 billion dolar seluruh dunia.

Apapun, kita hanya dapat mengentahui samada versi ‘extended cut’ ini diboikot ataupun tidak, sebaik sahaja laporan kutipan box office dikeluarkan selepas hujung minggu. Spider-Man: Far From Home versi ‘extended cut’ hanya ditayangkan di pasaran Amerika Utara sahaja.

Tinggalkan Balasan

shares