Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Tayangan Perdana ‘Take CTRL’ Siri Asli Komedi Keluarga Di Astro

Pelanggan Astro boleh menantikan tayangan perdana Take CTRL,  siri asli komedi keluarga tempatan oleh Astro, dengan kerjasama Graph Studios, diketuai oleh  pengarah Derrik Yaw.

Siri ini mengisahkan tentang Sky dan Ramunah, adik-beradik yang dikawal ketat  oleh ibu bapa mereka, sehingga mereka terjumpa permainan video kawalan minda. Kanak-kanak ini  kemudian mengalami peranan mereka dan ibu bapa yang ditukar. Take CTRL akan ditayangkan pada  29 Januari, setiap Sabtu, 9 malam di TA-DAA! (Saluran 612), Astro GO dan On Demand. 


Siri ini dibintangi pelakon filem tempatan popular Shaheizy Sam (Papa), bersama Hana Nadira (Mama),  Faiz Najib (Sky) dan Sry Khairudin (Ramunah), sebagai penampilan sulung buat ketiga-tiga pelakon  utama dalam siri TV.

Pelanggan juga boleh menantikan barisan bakat tempatan majmuk yang  ditampilkan dalam siri dwibahasa ini termasuk Gabriel Pountney, Rika Adrina, Marianne Tan, Farid  Azmeir, Phoon Chi Ho, Prakash Daniel berserta kameo istimewa pencipta kandungan tempatan yang  popular, Jenn Chia dan Jin Lim (Jinnyboy). 

Farah Fauzana, Ketua Perniagaan Kanak-Kanak, Astro, berkata, “Bersama-sama dengan TIME  Internet, kami teruja untuk mempersembahkan siri asli berkualiti tinggi yang menawarkan  pengembaraan permainan epik, jalan cerita, babak lucu, pengajaran kehidupan positif dan yang paling  pentingnya, maksud sebenarnya sebuah keluarga.

Kami berharap pelanggan menikmati siri asli  pertama kami, Take CTRL, dan kami juga ingin bekerjasama dengan lebih ramai pencipta kandungan  untuk lebih kandungan idea asli yang lebih dekat dengan keluarga Malaysia.” 

Derrik Yaw, Pengarah, Take CTRL, berkata, “Saya berharap rancangan ini dapat mengubah beberapa  stereotaip siri TV tempatan yang dipegang oleh penonton tempatan. Kami mempunyai kisah keluarga  tempatan yang hebat untuk diceritakan, dengan konflik dan hubungan keluarga yang sangat  berkaitan.

Kami memerlukan penceritaan yang lebih jujur terutamanya untuk siri TV remaja. Penonton boleh menjangkakan lakonan hebat daripada barisan pelakon berbakat, jalan ceritaan yang penuh dengan komedi yang bijak dan juga mencuit hati, dan keseronokan untuk seluruh keluarga.” 

Take CTRL, sebuah siri 6 episod, mempersembahkan konsep unik yang meneroka dua dunia: dunia  sebenar; dan dunia maya, yang diselitkan dengan pelbagai elemen permainan yang boleh dikaitkan  dengan generasi muda. Selain itu, ibu bapa juga boleh menggambarkan perjuangan ‘Papa’ dan ‘Mama’  yang cuba untuk mengimbangi kehidupan sebagai ibu bapa yang periang, juga berdisiplin  membesarkan anak-anak mereka dalam dunia digital.

Siri ini juga merupakan pengeluaran tempatan  pertama yang menggunakan ‘Unreal Engine’, teknologi penciptaan 3D masa-nyata termaju semasa  penggambarannya.  

Siri ini menggambarkan hubungan cinta-benci dan kekeluargaan antara kanak-kanak dan ibu bapa,  serta cara mereka berdamai antara satu sama lain dalam dunia digital. Selaras dengan slogan “with  control, comes chaos”, anak-anak akhirnya belajar bahawa mengawal tidak semudah yang disangka,  dan sentiasa ada akibatnya. 

Take CTRL ditaja oleh TIME Internet. Pelanggan boleh menikmati episod baharu Take CTRL pada 9  malam, setiap Sabtu di TA-DAA! (Saluran 612), Astro GO atau On Demand.  

Related posts

LAGI GAH, LAGI MERIAH, ‘AME 2021’ ANUGERAH PERTAMA MALAYSIA DALAM FASA ENDEMIK!

Kakimuvee

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “Mat Kilau” Papar Perjuangan Anak Bangsa Melawan Penjajah

Kakimuvee

Poster Rasmi Goda Tarikh Tayangan “Mat Kilau” Pada 23 Jun Ini

Kakimuvee

Astro Radio Tingkatkan Jangkauan Sebanyak 3% Ke 16.4 Pendengar Mingguan

Kakimuvee

Drama ‘Scammer 2’ Memapar Sisi-Sisi Tersembunyi Sharifah Sofia

Kakimuvee

Leave a Comment