
Mechamato – Siri animasi baharu hebat penuh dengan aksi dan komedi – bersedia untuk beraksi di skrin televisyen Malaysia dan sekitar Asia pada Sabtu, 4 Disember, hanya di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD).
Bintang utama siri ini merupakan seorang kanak-kanak lelaki bernama Amato yang bertukar menjadi ‘master’ atau pengawal robot pemusnah Mechabot yang berkemampuan memekanikkan objek-objek. Bersama, mereka mengesan robot-robot lain yang berjaya melarikan diri dari penjara kapal angkasa yang terhempas di planet Bumi.
“Selain aksi dan semua komedi, Mechamato merupakan satu cerita tentang persahabatan, imaginasi dan inovasi,” kata Ketua Asia Pasifik Cartoon Network, Leslie Lee. “Golongan kanak-kanak akan menyukai siri ini!”
Siri ini merupakan idea asal Monsta yang berpangkalan di Cyberjaya, Malaysia. Ketua Pegawai Kandungan Monsta dan pencipta Mechamato, Anas Abdul Aziz, menambah: “Mechamato mengisahkan tentang persahabatan Amato, remaja yang mempunyai banyak idea kreatif, dan MechaBot, robot yang mempunyai kuasa untuk menukarkan semua idea tersebut menjadi mekanisasi yang canggih. Siri animasi ini penuh dengan aksi dan lawak jenaka, berserta dengan barisan karakter dan robot yang menarik. Kami berharap Mechamato dapat merangsang daya kreativiti dan inovasi di kalangan kanak-kanak dalam kehidupan seharian mereka.”
Mechamato boleh ditonton secara eksklusif di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD). Episod pertama dan kedua akan mula bersiaran pukul 3 petang pada hari Sabtu dan Ahad, 4 dan 5 Disember masing-masing, dansetiap episod baharu selepas ini akan bersiaran hujung minggu pada masa yang sama.
Nantikan lebih banyak aksi Mechamato di skrin televisyen dan pertandingan ‘fan-art’ pada 2022.