Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tayangan Perdana “Harry Potter: Hogwarts Tournament of Houses” Pada Isnin, Nov 29 di HBO GO

Jom semua! Hidupkan semula magis filem di Cartoon Network dan HBO GO dalam countdown kepada pertandingan peminat Harry Potter terbesar yang dianjurkan

Tayangan perdana pada Isnin, November 29 di HBO GOHarry Potter: Hogwarts Tournament of Houses, yang dihoskan oleh pelakon pemenang Anugerah Akademi, Helen Mirren, adalah sebahagian daripada perayaan magis untuk meraikan ulang tahun ke-20 filem Harry Potter and the Sorcerer’s Stone. Peminat Malaysia boleh menonton filem di Cartoon Network (Astro Ch 615) setiap Sabtu jam 8 malam atau menstrim semuanya di HBO GO.

Ahli pelakon Harry Potter Tom Felton, Simon Fisher-Becker, Shirley Henderson, Luke Youngblood, dan ramai lagi akan membuat penampilan kameo istimewa bersama peminat selebriti Pete Davidson, dan Jay Leno dalam acara istimewa empat-bahagian ini.

Pertandingan ini akan menampilkan peminat yang mewakili rumah Hogwarts mereka masing-masing dalam pasukan bertiga dan bersaing dalam empat pertandingan epik menjawab ratusan soalan trivia Wizarding World dengan bantuan daripada penonton secara langsung. Saksikan di HBO GO pasukan mana yang paling berpengetahuan tentang latar belakang Harry Potter dan yang akan membawa pulang trofi kejuaraan Hogwarts Tournament of Houses. Lihat di bawah untuk jadual lengkap kejohanan ini:

  • Gryffindor vs. Hufflepuff, Isnin, November 29
  • Ravenclaw vs. Slytherin, Isnin, Disember 6
  • The Wildcard Round, Isnin, Disember 13
  • The Grand Finale, Isnin, Disember 20

Para peminat juga dijemput untuk melawati laman web, HarryPotterMovie20.com dan dapatkan kandungan eksklusif dari momen-momen ikonik filem tersebut yang telah memulakan fenomena teatrikal global ini, dan merebut koleksi Wizarding World eksklusif Spin Master dan permainan papan edisi khas Mattel – Harry Potter Scrabble dan Harry Potter Pictionary Air di sini.

Jangan lupa untuk mengikuti dan berkongsi semua keterujaan di media sosial dengan #20YearsofMovieMagic.

Strimkan Harry Potter: Hogwarts Tournament of Houses dan semua filem Harry Potter di HBO GO. Langgani HBO GO di https://www.hbogoasia.my/ ataupun melalui App Store or Play Store dengan harga serendah RM23.30/bulan. Atau akses HBO GO melalui Astro. HBO GO juga tersedia pada Android TV, Apple TV, LG TV dan Samsung Smart TV – serta dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.

 

Related posts

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

Leave a Comment