Penonton yang menonton fiilem biopik pemain Badminton kebangsaan, Datuk Lee Chong Wei pada Mac nanti berpeluang menyaksikan versi panjang filem berkenaan berbanding yang akan ditayangkan di pawagam.
Filem yang bakal ditayangkan di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City nanti akan berdurasi 133 minit. Selain itu juga, penonton berpeluang menjadi antara yang pertama menyaksikan filem biopik tersebut bersama-sama Datuk Lee Chong Wei
“Chong Wei belum lagi menonton filem berkenaan dan akan menyaksikannya buat pertama kali bersama penonton yang hadir pada majlis yang berlangsung pada 9 Mac. Ia akan menjadi majlis istimewa buat Chong Wei dan semua yang hadir,” – Penerbit Eksekutif, Datuk Joe Lee.
Selain itu juga. tayangan perdana filem arahan Teng Bee juga bakal mencipta sejarahnya tersendiri apabila ia akan ditayangkan menggunakan skrin gergasi LED berukuran 40 meter x 17 meter, sekaligus menjadikannya tayangan perdana terbesar di Malaysia. Malah, tayangan perdana dijangka akan dihadiri lebih 20,000 penonton dan bakal dicatatkan dalam dalam The Malaysian Book of Records.
Majlis tersebut akan turut dimeriahkan dengan kehadiran jaguh-jaguh badminton tanah air, termasuk skuad badminton yang menjuarai Piala Thomas 1992, serta selebriti yang lain. Penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan oleh beberapa penyanyi popular yang akan diumumkan kelak.
Bagi peminat yang ingin turut serta dalam acara tayangan perdana ini, anda boleh membeli tiket acara itu yang berharga RM88, RM108, RM128 dan RM168 di laman myticketasia bermula 20 Januari ini.
Sumber: Cinema Online