Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Tayangan Perdana Filem Biopik Lee Chong Wei Bakal Cipta Rekod The Malaysia Book of Records

Filem biopik mengenai pemain badminta negara, Datuk Lee Chong Wei bakal mencipta rekod dalam buku The Malaysia Book of Records apabila ia akan menjadi filem paling ramai ditonton pada tayangan perdana yang akan berlangsung pada 9 Mac 2018 di Stadium Bukit Jalil.

Menurut laman web cinema.com.myfilem berkenaan akan ditonton lebih 30,000 penonton yang terdiri daripada peminat, selebriti, tetamu kehormat dan para VIP. Datuk Lee Chong Wei juga akan turut hadir pada tayangan tersebut bersama-sama ahli keluarganya.


Acara yang bakal berlangsung pada 9 Mac itu akan menampilkan acara karpet merah, cabutan bertuan dan persembahan nyayian lagu rasmi filem berkenaan.

Filem yang berjudul Rise of the Legend: Lee Chong Wei diarahkan oleh pengarah Teng Bee dan dibintangi beberapa pelakon Tosh Chan dan Jake Eng yang akan membawa watak Lee Chong Wei semasa zaman remaja dan kanak-kanak, Datuk Rosyam Nor yang membawa watak Datuk Misbun Sidek, Ashley Ashley, Mark Lee, Yeo Yann Yann dan ramai lagi.

Rise of the Legend: Lee Chong Wei akan mula ditayangkan dipawagam tempatan pada 15 Mac 2018, iaitu seminggu selepas tayangan perdana di Stadium Bukit Jalil.

Related posts

“Mat Kilau” Terus Tambah Kutipan Tiket, Kumpul RM3 Juta Dalam Tempoh 3 Hari

Kakimuvee

“Mat Kilau” Catat Kutipan RM1 Juta Pada Hari Pertama

Kakimuvee

Viu Hasilkan Semula K-Drama Popular, She Was Pretty dalam Bahasa Malaysia

Kakimuvee

Luangkan Masa Pada ‘Hujung Minggu Bersama Didi & Friends’ pada 24 – 26 Jun Ini

Kakimuvee

“Special Force: Anarchy” Bakal Datang Ke Disney+ Hotstar Di Malaysia

Kakimuvee

Lebih Banyak Belanja, Lebih Banyak Jimat Dengan Kempen ‘Macam-Macam Ada’ Astro Go Shop

Zulaikha

Leave a Comment