Filem klasik seram Amityville: The Awakening yang sepatutnya ditayangkan pada bulan ini (atau tarikh lain di Malaysia) ditunda sekali lagi atas sebab-sebab tertentu. Buat masa ini, tiada tarikh baru yang diumumkan oleh pihak produksi Weinstein Co. and Dimension Films.
Tayangan filem seram klasik ini dikatakan telah beberapa kali ditunda beberapa kali. Filem ini sepatutnya ditayangkan pada Januari 2015, kemudian ditunda ke April 2016, namun ditunda lagi pada Januari 2017 dan terbaru tarikh 30 Jun 2017 adalah tarikh tayangan sebelum ditunda lagi.
Filem ini dibintangi oleh Jennifer Jason Leigh, Bella Thorne, Cameron Monaghan, Thomas Mann dan Kurtwood Smith ini mengisahkan Belle dan keluarganya telah berpindah ke rumah yang baru, tetapi mereka sering menghadapi fenomena yang pelik sejak duduk dirumah baru itu. Belle mula mensyaki bahawa ibunya tidak memberitahu pekara sebenar dan kemudiannya dia mula menyedari yang dia telah berpindah ke rumah Amityville yang terkenal dengan kisah silamnya.
Kami akan bawakan kemaskini terbaru mengenai bilakah tayangan filem Amityville: The Awakening ini nanti.