Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Tayangan “Dear.M” Ditunda Susulan Kontroversi Melibatkan Park Hye Soo


Tayangan perdana drama terbaru KBS 2TV “Dear.M” ditangguhkan berikutan kontroversi yang melibatkan pelakon utama Park Hye Soo baru-baru ini.

Pada 24 Februari, pasukan produksi drama telah mengeluarkan kenyataan dengan mengumumkan bahawa tayangan perdana drama itu, yang pada awalnya dijadualkan pada 26 Februari, telah ditangguhkan kerana terdapat masalah yang melibatkan salah seorang pelakon utamanya serta untuk meningkatkan kualiti drama.

Untuk meneliti masalah terbaru mengenai salah satu pelakon “Dear.M” dan untuk memastikan siaran berkualiti tinggi, kami telah memutuskan untuk menangguhkan tayangan perdana yang pada awalnya dijadualkan pada 26 Februari.” dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihak produksi.

Nama Park Hye Soo mula menjadi bualan apabila dia dituduh sebagai pelaku keganasan sekolah. Bagaimanapun, agensi Park Hye Soo menafikan tuduhan itu dan mendedahkan rancangan mereka untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat fitnah jahat.

“Dear.M” adalah spin-off dari siri drama web hit Love “Playlist”. Drama romantik ini menceritakan kisah pencarian di seluruh kampus untuk “M”, seorang individu misteri yang disebut dalam catatan tanpa nama yang menimbulkan kekecohan di forum dalam talian Universiti Seoyeon.


Jaehyun dari NCT akan membuat penampilan sulungnya sebagai Cha Min Ho, seorang pelajar kejuruteraan yang pintar dan berimaginasi. Park Hye Soo akan berperanan sebagai pelajar perniagaan Ma Joo Ah yang ceria, sahabat baik Cha Min Ho yang tidak berteman sepanjang hidupnya.

Selain Park Hye Soo, drama terbaru ini turut dibintangi Jeong Jae Hyun, Roh Jeong Eui, dan Bae Hyun Sung.

Sumber: Soompi

 


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee