Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Taxi Driver” Terus Catat Rating Tertinggi

Drama SBS Taxi Driver terus menunjukkan peningkatan rating pada setiap episod. 

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), Taxi Driver telah mencatatkan purata rating sebanyak 9.8 peratus dan 13. 6 peratus untuk dua bahagiannya, sekaligus mencipta rekod peribadi drama tersebut dan menjadi rancangan yang paling ramai penonton pada slot waktunya. 

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, “Taxi Driver” adalah mengenai perkhidmatan teksi misteri yang membalas dendam bagi pihak mangsa yang gagal mendapat keadilan dari undang-undang. Lee Je Hoon akan berperanan sebagai Kim Do Gi, bekas pegawai pasukan khas yang bekerja sebagai pemandu perkhidmatan teksi misteri bernama Rainbow Transportation. 

Pyo Ye Yin memainkan peranan sebagai Ahn Go Eun, seorang penggodam yang bekerja untuk Rainbow Taxi. Dia adalah mangsa jenayah yang telah merampas seluruh keluarganya, dan sekarang bekerja di Rainbox Taxi sebagai mata’ dan ‘telinga’ kepada Kim Do Gi (Lee Je Hoon), dengan menggodam semua jenis peranti digital seperti CCTV, telefon pintar, dan komputer.

Related posts

GET TO KNOW THE UP-AND-COMING YOUNG ACTORS OF LAW SCHOOL

Zulaikha

“Revolutionary Sisters” & “Bossam: Steal the Fate” Capai Penilaian Tertinggi Setakat Ini

Zulaikha

5 REASONS WHY NEW DRAMA SERIES MINE WILL COMPLETELY DAZZLE YOU

Zulaikha

Bintang “Vincenzo” Kuasai Top 4 Senarai Mingguan Pelakon Paling Popular

Zulaikha

Review Filem: Night in Paradise (2020)

Kakimuvee

“Imitation” Bermula Suram, “Taxi Driver” Kekal No. 1

Zulaikha