Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Taxi Driver” Bermula Baik, Rating “Beyond Evil” Meningkat Menjelang Episod Akhir


Drama terbaru SBS Taxi Driver memulakan episod pertamanya dengan rating kukuh.

Menurut Nielsen Korea, Taxi Driver telah memulakan tayangan perdananya pada 9 April dan mencatatkan rating yang cukup kukuh iaitu 8.7 peratus dan 10.7 peratus untuk dua bahagiannya. 

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, “Taxi Driver” adalah mengenai perkhidmatan teksi misteri yang membalas dendam bagi pihak mangsa yang gagal mendapat keadilan dari undang-undang. Lee Je Hoon akan berperanan sebagai Kim Do Gi, bekas pegawai pasukan khas yang bekerja sebagai pemandu perkhidmatan teksi misteri bernama Rainbow Transportation. 

Pyo Ye Yin memainkan peranan sebagai Ahn Go Eun, seorang penggodam yang bekerja untuk Rainbow Taxi. Dia adalah mangsa jenayah yang telah merampas seluruh keluarganya, dan sekarang bekerja di Rainbox Taxi sebagai mata’ dan ‘telinga’ kepada Kim Do Gi (Lee Je Hoon), dengan menggodam semua jenis peranti digital seperti CCTV, telefon pintar, dan komputer.

Sementara itu, drama JTBC Beyond Evil menikmati peningkatan jumlah penonton menjelang episod terakhirnya dengan merekodkan purata rating sebanyak 5.4 peratus untuk episod terbaru.



Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee