Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tasha Shilla Kembali Bina Kerjaya

tasha-shilla

Pelakon kontroversi Tasha Shilla memberitahu dia kini kembali aktif dengan dunia seni selepas hampir setahun berehat dari aktiviti seni kerana mahu memberi ruang kepada dirinya sendiri selepas putus cinta dan terpalit dengan beberapa kontroversi.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak bagaimanapun berkata biarpun dia kembali ke dunia seni, namun tiada apa-apa perubahan yang berlaku pada dirinya dan dia masih sama seperti dahulu.


“Alhamdulillah, saya banyak belajar daripada pengalaman dan semuanya mematangkan saya sebagai seorang individu dan juga anak seni,” katanya kepada Kosmo!.

Pelakon “Rock Oo” ini juga tidak menyesal dengan apa yang berlaku termasuk kontroversi yang melanda dirinya kerana percaya ada hikmah disebaliknya.

tasha-shilla-1

Pada masa sama Tasha juga berkata dia kini lebih matang dan tidak mudah menuding jari kepada orang lain selain mengakui akan tampil memohon maaf sekiranya dirinya bersalah. Dalam pada itu, Tasha yang ditanya mengenai teman istimewa mengakui pintu hatinya masih belum sedia untuk kembali bercinta.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya Tasha memberitahu dia kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri “Diari Cinta Kita” dan terlibat dengan pementasan teater “Putera La Galigo”.

“Sekarang saya mahu membina semula kerjaya sama seperti ketika awal kemunculan dalam persada seni. Cukup rasanya saya hilang fokus kepada perkara tidak penting dan mahu mencari semula minat terhadap lakonan yang pernah saya miliki dahulu.”

Sumber: Kosmo Online

Related posts

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Christopher Walken Sertai “Dune: Part 2”, Akan Bawa Watak Emperor Shaddam IV

Kakimuvee

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”

Kakimuvee

Leave a Comment