Berita

Tarikh Terbaru TOP GUN: MAVERICK, A QUIET PLACE 2 Diumumkan

Views

Paramount Pictures telah umumkan tarikh terbaru filem Top Gun: Maverick, The SpongeBob Movie: Sponge on the Run dan A Quiet Place Part II. 

Top Gun: Maverick yang sepatutnya ditayangkan 24 Jun ini telah diubah ke tarikh 23 Disember, meletakkan filem lakonan Chris Pratt The Tomorrow War tiada tarikh tayangan. Manakala The SpongeBob Movie: Sponge on the Run ditetapkan tarikh tayangan 31 Julai manakala A Quiet Place Part II akan ditayangan 4 September ini.

Bersambung dari filem A Quiet Place (2018), ahli keluarga Abbott yang terselamat terus berjuang untuk terus hidup selepas situasi ngeri yang berlaku di rumah mereka. Kini mereka meneruskan hidup  dengan mengembara ke dunia luar. Dalam pada mereka meneruskan perjalanan tanpa hala tuju yang tertentu, mereka turut mendapati kali ini terdapat ancaman lain yang menanti mereka, selain makhluk asing yang memburu menggunakan deria bunyi.

Emily Blunt kembali meneruskan wataknya bersama-sama Millicent Simmonds dan Noah Jupe sebagai Regan dan Marcus Abbott. Mereka turut disertai pendatang baru dalam francais ini iaitu Cillian Murphy dan Djimon Hounsou.

BACA:  Warner Bros. Sekali Lagi Tunda Tarikh Tayangan TENET

Top Gun: Maverick akan berlatarbelakangkan zaman dimana dunia telah dipenuhi dengan teknologi dron dan generasi kelima jet pejuang yang menyaksikan era ‘dogfighting’ telah berakhir. Maverick kini telah menjadi pengajar juruterbang, dan mengambil Bradley Bradshaw (Lakonan Miles Teller), anak bekas rakan sepasukannya, Nick “Goose” Bradshaw, sebagai anak muridnya.

Filem arahan Joseph Kosinski ini turut dibintangi Jon Hamm, Val Kilmer, Jennifer Connelly, Gleen Powell dan Ed Harris. Skrip filem ditulis Peter Craig, Justin Marks dan Eric Warren Singer. Paramount Pictures telah menetap tarikh tayangan Top Gun: Maverick pada 26 Jun 2020.

Tinggalkan Balasan

shares