Pandemik COVID-19 telah menyebabkan tarikh tayangan beberapa filem blockbuster terpaksa ditangguhkan. Selain itu juga, filem-filem yang sedang menjalani produksi turut dihentikan buat sementara waktu, dan mungkin akan ditukar tarikh tayangan disebabkan perubahan jadual penggambaran.
Namun begitu, tarikh tayangan dua filem arahan James Gunn iaitu The Suicide Squad dan Guardians of the Galaxy Vol. 3 tidak akan ditangguhkan meskipun dunia berdepan penularan wabak COVID-19. Menurut Gunn, setakat ini tiada perancangan untuk menunda tayangan filem adapatasi komik itu ke tarikh yang lain.
James Gunn memberi jaminan menerusi satu muat naik di laman sosial Twitter miliknya.
“Pada masa ini, tiada sebab untuk kami menangguhkan The Suicide Squad. Ia masih dijadualkan pada tarikh yang sama.
“Kami sangat bernasib baik kerana sempat menghabiskan pengambaran terlebih dahulu dan sedang membuat kerja-kerja pasca-produksi (penyuntingan) dari rumah. Kami masih akan tayangkan The Suicide Squad pada 6 Ogos 2021,” jelaskan menerusi muat naik di laman Twitter.
Right now there’s no reason for #TheSuicideSquad release date to move. We are on or ahead of schedule. We were extremely fortunate to wrap shooting & set up editing from our homes (due to a post production team & studio with foresight) before quarantine. https://t.co/URRFXX58r3
— James Gunn (@JamesGunn) April 12, 2020
Menerusi ciapan Twitter itu juga, Gunn turut berkongsikan pertanyaan sama mengenai filem Guardians of the Galaxy Volume 3.
Right now the plans with Vol 3 are also exactly the same as they were before coronavirus. https://t.co/cVHe31gtPQ
— James Gunn (@JamesGunn) April 12, 2020
Terdahulu, Marvel Studios telah menunda tarikh tayangan filem adiwira lakonan Scarlett Johansonn, Black Widow dari 1 Mei ke 6 November tahun ini. Penundaan Black Widow telah memaksa Marvel Studios menukar tarikh tayangan beberapa filem Marvel Fasa 4 seperti The Eternals yang akan ditayangkan pada 12 Februari 2021 dan Shang-Chi and the Legend of the Rings yang ditukar ke tarikh 7 Mei 2021.
Manakala filem adapatasi komik DC, Wonder Woman 1984 terpaksa ditunda dari Jun ke 14 Ogos 2020.