Siri TV

Tarikh Tayangan "The Mandalorian" Musim Kedua Telah Diumumkan

Views

Siri spin-off Star Wars Disney+, The Mandalorian akhirnya mengumumkan tarikh tayangan perdana musim kedua. Musim baru yang dinanti-nantikan itu akan memulakan tayangannya di perkhidmatan streaming Disney+ pada 30 Oktober 2020. 

Pendedahan terkini musim kedua The Mandalorian menyaksikan Temuera Morrison kembali sebagai Boba Fett, Katee Sackhoff sebagai Bo-Katan dan penampilan pertama Ahsoka Tano dalam siri live action. Bintang Zombieland: Double tap, Rosario Dawson dilaporkan bakal memainkan peranan sebagai Ahsoka Tano. Turut menyertai barisan pelakon musim kedua adalah Timothy Olyphant. 

Selain itu juga, beberapa pengarah dilaporkan turut terlibat dalam pembikinan musim kedua, antaranya Robert Rodriguez (Alita: Batlle Angel) dan pengarah Ant-Man, Peyton Reed, serta barisan pengarah dari musim lalu iaitu Rick Famuyiwa (Dope), Dave Filoni, Carl Weathers dan Jon Favreau (The Lion King).

Selepas kisah Jango dan Boba Feet, satu lagi pahlawan telah muncul dalam dunia Star Wars. The Mandalorian ditetapkan selepas kejatuhan Empire dan sebelum bangkitnya First Order. Penonton akan mengikuti penggembaraan pahlawan tunggal menuju ke galaksi yang jauh dari kekuasaan New Republic. 

Pedro Pascal memainkan peranan utama sebagai The Mandalorian, dan disertai Gina Carano yang memainkan peranan sebagai Cara Dune, bekas Rebel Shock Trooper yang menghadapi masalah untuk bergaul dalam masyarakat; serta Carl Weather sebagai Greef, ketua kumpulan pemburu upahan yang mengupah The Mandalorian untuk menjalankan tugas tertentu. 

Siri ini turut dibintangi Giancarlo Esposito, Emily Swallow, Mid Abtahi, Werner Herzog dan Nick Nolte.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks