Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tarikh Tayangan The Invisible Man Dianjak 2 Minggu Lebih Awal


Universal Pictures dan Blumhouse Productions telah mengubah tarikh tayangan filem The Invisible Man dari Jumaat 13 Mac 2020 ke tarikh baru iaitu pada Jumaat, 28 Februri 2020.

Perubahan tarikh itu menyaksikan The Invisible Man akan berentap dengan filem Bad Trip terbitan Orion Pictures dan Fantasy Island terbitan Blumhouse.

The Invisible Man mengisahkan tentang Cecilia (Elisabeth Moss), yang menerima berita kematian teman lelakinya yang kasar akibat membunuh diri. Dia kemudiannya membina kehidupan baru yang lebih baik. Namun, dia dapat merasakan sesuatu yang aneh berlaku disekeliling, dan mula mensyaki bahawa bekas teman lelakinya itu sebenarnya masih belum mati.

Filem ini diarahkan oleh Leigh Whannell dan turut dibintangi pelakon seperti Storm Reid, Harriet Dyer, Aldis Hodge dan Oliver Jackson-Cohen yang memainkan peranan sebagai Invisible Man.

Pada awalnya, The Invisible Man menjadi sebahagian daripada Dark Universe, namun filem tersebut dibangunkan sebagai sebuah filem ‘standalone’ dengan menggambil pencipta francais Upgrade dan Insidious, Leigh Whannell untuk menulis dan mengarahkan projek ini


The Invisible Man kini sedang menjalani penggambaran.


Related posts

Klip Video FALL GUY Papar Babak Lagak Ngeri Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Video ‘The Last Voyage of the Demeter’ Tunjuk Bagaimana Raksasa Dracula Di Hidupkan

Kakimuvee

Projek Live-Action ‘How to Train Your Dragon’ Ditunda Susulan Mogok Penulis & Pelakon

Kakimuvee

Tom Cruise Masih Mengerjakan Filem Angkasa Lepasnya

Kakimuvee

Universal & Illumination Akan Bangunkan Animasi Legend Of Zelda

Kakimuvee