Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tarikh Tayangan The Hitman’s Wife’s Bodyguard Telah Ditetapkan

Menurut laporan dari The Hollywood Reporter, filem The Hitman’s Wife’s Bodyguard, sekuel kepada filem hit The Hitman’s Bodyguard yang diterbitkan pada 2017 telah ditetapkan tarikh tayangannya pada 28 Ogos 2020, seminggu selepas tayangan satu lagi filem sekuel popular, Bill & Ted Face the Music. 

Sekuel ini akan menampilkan Ryan Reynolds, Samuel L. Jackson dan Salma Hayek yang akan meneruskan watak masing-masing dari filem pertama. Mereka turut disertai Morgan Freeman, Antonio Banderas, Frank Grillo dan Tom Hopper.


The Hitman’s Wife’s Bodyguard bakal membawa penonton merasai pengalaman terbaru Michael Bryce dan Darius Kincaid dimana mereka akan menyertai misi di Teluk Amalfi, Itali. Isteri Darius Kincaid, iaitu Sonia akan turut serta bersama mereka.

Patrick Hughes dan Tom O’Connor sekali lagi terlibat dalam sekuel kali ini sebagai pengarah dan penulis skrip.

The Hitman’s Bodyguard yang ditayangkan pada 18 Ogos 2017 berjaya meraih $180 juta dolar seluruh dunia. filem ‘r-rated’ itu turut dibintangi Gary Oldman, Elodie Yung, Joaquim de Almeida, Kirsty Mitchell dan Richard E. Grant.

Related posts

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Trailer “Baymax!” Tetapkan Debut Spin-Off “Big Hero 6” Di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Bos Sony Pictures Beri Perkembangan Terbaru Tentang “Spider-Man 4”

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Leave a Comment