Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Tarikh Tayangan THE BOYS Musim Kedua Didedahkan

Semasa perjumpaan semula The Boys hujung minggu lalu, telah didedahkan bahawa tiga episod awal musim kedua siri The Boys akan mula bersiaran di Amazon Prime Video pada 4 September ini. Lima episod selebihnya akan disiarkan setiap hari Jumaat sehingga 9 Oktober.

Anda boleh lihat poster terbaru musim kedua dibawah serta video perjumpaan yang dihoskan Patton Oswalt yang mana ia turut merangkumi tiga minit pertama episod perdana.

Pada Musim 2, The Boys sedang lari dari undang-undang, diburu oleh Supes, dan berusaha keras untuk berkumpul kembali dan menentang Vought. Ketika bersembunyi, Hughie (Jack قائد), Mother’s Milk (Laz Alonso), Frenchie (Tomer Capon), dan Kimiko (Karen Fukuhara) cuba menyesuaikan diri dengan keadaan normal yang baru, dengan Butcher (Karl Urban) tidak dapat dijumpai.

Adaptasi dari komik berjudul sama ciptaan Garth Ennis dan Darick Robertson, siri televisyen The Boys menjanjikan rancangan yang ganas, suram dan menakutkan dalam membongkar sisi jahat adiwira.

The Boys dibintangi Karl Urban sebagai Billy Butcher, Jack Quaid sebagai Hughie, Laz Alonso sebagai Mother’s Milk, Tomer Kapon sebagai Frenchie, Jennifer Esposito sebagai Ejen CIA Susan L. Rayner, dan Karen Fukuhara sebagai the Female. Elisabeth Shue turut membintangi siri ini bersama-sama Erin Moriarty, Antony Starr, Dominique McElligott, Jessie T. Usher, Chace Crawford, dan Nathan Mitchell.

Musim pertama boleh distrim di platform Amazon Prime Video.

Related posts

Final Frontiers: Exploring Unchartered Territories With BBC Earth

Kakimuvee

[VIDEO] Musim Ketiga Doom Patrol Season 3 Akan Ditayangkan Pada 23 September Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

Krysten Ritter Sertai Elizabeth Olsen Dalam Minisiri “Love and Death”

Kakimuvee

Adakah Anda Bersedia Untuk Berjumpa Dengan Jiran Baru Anda? ‘You’ Musim Ketiga Akan Kembali Ke Netflix 15 Oktober Ini

Kakimuvee

The Walking Dead premieres final season today exclusively on Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Malaysian Kids Discover Outer Space in ‘Elliott from Earth’ – Now on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment