
Dengan beberapa filem MCU yang akan datang telah diubah tarikh tayangannya oleh Marvel Studios dan Disney, laporan terbaru dari The Cosmic Circus mencadangkan bahawa filem keempat Spider-Man mungkin akan tiba lebih awal dari yang dijangkakan.
Menurut laporan terbaru mereka, sumber mendedahkan bahawa filem Spider-Man 4 akan ditayangkan pada 12 Julai 2024. Bagaimanapun tarikh itu masih belum rasmi dan ianya datang dari sumber dalaman, bukannya dari kenyataan rasmi pihak studio.
Tetapi, jika laporan itu benar, tarikh tayangan 2024 menyaksikan kita akan melihat Tom Holland menyarung kembali sut Spider-Man lebih awal dari jangkaan.
Tarikh tayangan 2024 itu juga akan meletakkannya filem keempat Spider-Man di penghujung Fasa 5 MCU, yang setakat ini, mengandungi enam filem lain, yang pertama ialah Ant-Man and the Wasp: Quantumania yang akan ditayangkan tahun hadapan.
Laporan itu turut menyebut bahawa Spider-Man 4 mungkin ditetapkan selepas siri Daredevil: Born Again, dan juga mungkin memasukkan simbiot Venom, berikutan sekeping symbiote yang tersesat ke Marvel Cinematic Universe Spider-Man: No Way Home.
Apapun kita nantikan perkembangan Spider-Man 4 dimasa hadapan.