Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Tarikh Tayangan Siri Disney+ “Hawkeye” Telah Ditetapkan

Marvel Studios telah menetapkan tarikh tayangan siri MCU Disney+ Hawkeye yang akan datang, menampilkan kepulangan semula Jeremy Renner sebagai Clint Barton dan pengenalan Hailee Steinfeld sebagai heroin Marvel kegemaran peminat, Kate Bishop. Siri ini secara rasmi dijadualkan tayangan pada hari Rabu, 24 November.

Di samping itu, gambar rasmi pertama dari siri Hawkeye turut didedahkn, memberikan pandangan terbaru kepada peminat mengenai dua superhero Marvel itu. Anda boleh lihatnya dibawah.

Dalam wawancara baru-baru ini dengan EW, Renner telah kongsikan beberapa butiran terbaru mengenai karakter rakan pelakonnya, mendedahkan bahawa kedatangan Kate Bishop akan membawa beberapa masalah baru kepada ahli asal Avengers. 

“[Kate adalah] gadis berusia 22 tahun dan dia sangat meminati Hawkeye,” ujar Renner.

“Dia sangat menjengkelkan dan dalam masa yang sama sangat menawan, kerana dia adalah seorang gadis yang meminat Hawkeye. Hubungan mereka berkembang, tetapi masalah terbesar bagi Clint adalah Kate Bishop dan pelbagai masalah yang dibawa gadis itu dalam hidupnya”

Siri Hawkeye berkemungkinan besar ditetapkan dua tahun selepas peristiwa Avengers: Endgame, dan terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa siri ini mungkin akan mengadaptasikan salah satu cerita terkenal Hawkeye dari komik, dimana Clint telah kehilangan pendengarannya. 

Menyertai barisan pelakon adalah pendatang baru MCU yang terdiri daripada Vera Farmiga, Fra Fee, Alaqua Cox, Tony Dalton, Zahn McClarnon, dan Brian d’Arcy James. Florence Pugh, yang telah membuat debut sebagai Yelena Belova dalam Black Widow, dilaporkan bersedia untuk muncul dalam siri akan datang. 

Related posts

Siri Epik Sci-Fi “Raised by Wolves” Kembali Untuk Musim Ke-2 Pada 3 Februari Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

Tarikh Pelancaran The Boys Musim 3 Telah Didedahkan, Tonton Video Pandangan Pertama Disini

Kakimuvee

Trailer ‘The Witcher: Blood Origin’ Meneroka Sejarah Continent Yang Tidak Pernah Diceritakan

Kakimuvee

Trailer Crime Scene: The Times Square Killer Soroti Siri Jenayah Terbaru Netflix

Kakimuvee

Paramount+ Lancar Trailer Pandangan Pertama ‘Halo The Series’

Kakimuvee

HBO Drama Series THE GILDED AGE Debuts January 25 Exclusively on HBO GO And HBO

Kakimuvee

Leave a Comment